Masjid Habib Rasmi Dibuka, Adakan Solat Jumaat Pertama Hari Ini

5 Dec 2025 • 5:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Masjid Habib Rasmi Dibuka, Adakan Solat Jumaat Pertama Hari Ini

Masjid yang dibangunkan oleh pengusaha barangan kemas terkemuka, HABIB, rasmi dibuka dengan Solat Jumaat pertama diadakan pada hari ini (5 Disember).

Dinamakan sebagai Masjid Habib, ia terletak di Bandar Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong di Pulau Pinang.

“Alhamdulillah, Solat Jumaat pertama di Masjid Habib, Pulau Pinang akan diadakan pada 5 Disember.

“Semoga ia menjadi ruang ibadah, ilmu dan ukhuwah yang bermanfaat buat semua,” kata syarikat itu menerusi perkongsian di Threads.

image is not available
Kredit: Habibjewelsofficial

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Sadik Habib menerusi Instagram Story miliknya berkongsi suasana ketika Solat Jumaat tersebut.

Orang ramai tidak kira lapisan umur memenuhi masjid yang tersergam indah itu.

Untuk pengetahuan, masjid tersebut didirikan atas hasrat HABIB yang juga ayah kepada Meer Habib, Allahyarham Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif.

Anggaran kos bagi pembinaan masjid itu adalah RM30 juta.

@meer.s.habib

Alhamdulillah, feeling blessed and excited for the first Friday prayers …