Mastercard Merakam Transaksi AI Agentik Pertama Di Malaysia Melalui Projek Perintis Bersama CIMB Dan RHB

LocalTechnology
5 Mar 2026 • 12:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Konsep AI agentik bukanlah sesuatu yang baru. Penjelasan ringkasnya ialah dengan teknologi tersebut, sistem AI boleh melaksanakan sesuatu arahan ataupun langkah tanpa memerlukan input tambahan atau pengesahan daripada pengguna, selain daripada arahan asal.

Bank-bank tempatan CIMB Bank dan juga RHB Bank baru-baru ini telah memperilhatkan projek perintis menggunakan ejen AI Mastercard Agent Pay untuk mengesahkan pembayaran perjalanan dari lapangan terbang KLIA ke KL Sentral melalui perkhidmatan seru-pandu dan limosin Hoppa.

Secara ringkasnya, pengguna tersebut hanya mengarahkan ejen AI yang terbina didalam aplikasi tersebut untuk membuat tempahan tersebut, dan ia kemudiannya menempah dan terus membayar untuknya tanpa memerlukan input ataupun pengesahan tambahan lain daripada pihak pengguna.

image is not available

Transaksi tempahan dan ejen telah difasilitasi oleh ejen AI CardInfoLink, yang disambung ke rangkaian teksi dan limosin lapangan terbang Hoppa. Transaksi tersebut menggunakan token yang disahkan oleh Mastercard Passkey Payment yang menjanjikan pengesahan pelanggan dan perlindungan data yang kukuh.

Walaupun projek rintis ini mengesahkan pelaksanaan teknikal dan operasi transaksi ejen di Malaysia, pelaksanaan komersial akan dilancarkan secara berperingkat. Mastercard akan bekerjasama dengan bank dan rakan kongsi tempatan untuk mendidik pengguna tentang perdagangan ejen, membantu mereka terlibat dengan pembayaran berasaskan AI dengan selamat dan yakin.