Masters Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin, Pearly-Thinaah tempoh slot separuh akhir

14 Nov 2025 • 3:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sze Fei-Nur Izzuddin menumpaskan gandingan Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan dalam perlawanan tiga set 21-16, 10-21, 21-16.
image is not available
Pearly-Thinaah mengesahkan tempat pada pusingan separuh akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun 21-13, 21-17.

DUA wakil Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Pearly Tan-M Thinaah berjaya mara ke pusingan separuh akhir Masters Jepun 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Kumamoto Prefectural Gymnasium, pilihan kedua kejohanan dalam acara beregu lelaki itu menumpaskan gandingan Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan dalam perlawanan tiga set 21-16, 10-21, 21-16.

Gandingan profesional negara itu akan menentang wakil tuan rumah Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita.

**media[3340328]**

Bagi acara beregu wanita, Pearly-Thinaah mengesahkan tempat pada pusingan separuh akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun 21-13, 21-17, sekali gus akan berdepan Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dari Jepun atau pasangan Taiwan Hu Ling Fang-Jheng Yu Chieh.

Perjuangan dua lagi wakil beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri bagaimanapun berakhir di suku akhir.

Wan Arif-Roy King tewas kepada gandingan tuan rumah, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 19-21, 14-21; sementara Hon Jian-Muhammad Haikal dikalahkan pasangan Taiwan Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin, 16-21, 16-21.

Kejutan dipamerkan pemain perseorangan wanita negara Wong Ling Ching yang menumpaskan bintang Kanada, Michelle Li semalam juga berakhir selepas kecundang pada tangan pemain berpengalaman Thailand Ratchanok Itanon 17-21, 9-21. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved