Terbuka Hylo: Dua beregu lelaki utama negara buka langkah kanan

FootballSports
29 Oct 2025 • 9:20 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Dua beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Hylo 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi pembukaan di Saarbrucken, Jerman, awal pagi tadi.

Pada aksi di Saarlandhalle, Aaron-Wooi Yik yang juga merupakan pilihan utama kejohanan mudah menewaskan beregu England Alex Green-Zach Russ 25-23, 21-14 untuk menempah pertemuan menentang gandingan Jiri Kral-Ondrej Kral dari Republik Czech.

Sementara, Sze Fei-Nur Izzudin turun selaku pilihan kedua kejohanan mengiringi kemaraan itu dengan menundukkan gandingan Alexander Dunn-Adam Pringle dari Scotland 21-17, 22-20.

Gandingan negara itu akan menentang beregu Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard di pusingan kedua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved