
Sejak kebelakangan ini, beberapa kawasan khususnya di Pulau Pinang, Kedah, dan Pahang dilaporkan mengalami cuaca buruk.
Malah keadaan cuaca seperti ribut dan hujan lebat turut menyebabkan beberapa kawasan mengalami kerosakkan seperti pokok tumbang, tembok pecah dan sebagainya.
Lelaki kongsi pengalaman lihat pokok tumbang depan mata
Baru-baru ini, seorang lelaki turut berkongsi pengalamannya yang berdepan dengan cuaca buruk sehingga menyebabkan pokok tumbang.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @linggammat di TikTok, awalnya kelihatan beberapa lelaki sedang berlari (jogging) di Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang sambil diikuti oleh si perakam.
Perakam kemudian menunjukkan suasa keadaan sekeliling dan kelihatan pokok-pokok di kawasan itu bergoyang ke kiri dan kanan kerana ditiup angin kencang.
Malah di trek laluan pejalan kaki juga turut dapat dilihat ia dipenuhi dedaun yang ditiup oleh angin.
masuk camera oo pokok tumbang depan mataaaaa.. ribut di Bukit Pelindung Kuantan
Pokok tumbang menyembah bumi, lelaki sempat rakam dalam kamera telefon
Tidak lama kemudian perakam memalingkan kamera ke arah sebatang pokok di kirinya, secara tiba-tiba pokok itu tumbang menyembah bumi.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah reaksi lelaki tersebut sewaktu melihat insiden itu. Malah dia memaklumkan sempat merakam insiden tersebut menerusi kameranya.
“Wooo masuk kamera ooo. Pokok tumbang.
“Woo bahaya oh, pertama kali pokok tumbang depan mata. Angin kuat. Bahaya,” katanya.
Dalam satu lagi video yang dimuat naik lelaki tersebut turut menunjukkan video penuh keadaan ketika berada di bukit berkenaan.
Ribut di Bukit Pelindung. Menakutkan tapi teruja dimasa yg sama ketika semua pokok seolah² hidup bergerak kekiri kekanan depan belakang.. angin amat kuat hinggakan bunyi dedaun bergeseran beterbangan memenuhi ruang bunyi. Dahan² dan batang² pokok besar dan tinggi itu meliang-liuk melendut melentur seolah² hendak melibas menghentak memghempas kita² yg dibawahnya.. terdetik setiitis perasaan ketakutan mayat pendosa yg diazab di dalam kubur. Nauzibillah.
Netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas menonton video tular itu:
“Nasib masuk kamera.. kalau tak abang masuk TV”

“Lain macam betul reaksi dia..”

“Allah perintahkan pokok dan angin untuk elak abang”


![Aksi Bezza Redah Banjir Hingga Separuh Tenggelam Raih Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/environment.jpeg)


