Masyarakat pedalaman menantikan sambutan bersejarah Hari Sabah

22 Aug 2024 • 2:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Masyarakat pelbagai lapisan di kawasan Pedalaman menantikan sambutan Hari Sabah buat pertama kali pada 31 Ogos ini di Padang Merdeka Kota Kinabalu selepas ia diwartakan oleh Kerajaan Negeri pdan 5 Jun lepas.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor Yazid Mohd Hasnan Charles berkata, sambutan Hari Sabah adalah satu sejarah buat rakyat Sabah, yang ditunggu-tunggu sekian lama.

Katanya, sambutan Hari Sabah ini sudah tentu dapat mengimbau kembali peristiwa Sabahmencapai kemerdekaan sendiri 61 tahun yang lalu.

“Ini juga menandakan penubuhan pemerintahan sendiri dan kemerdekaan daripada penjajahan British,” katanya.