
KENINGAU: Warga Keningau diseru untuk sama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Sabah pada 31 Ogos ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor Datuk Robert Tawik berkata, kempen Kibar Jalur Gemilang dan Bendera Sabah juga sedang giat dijalankan sempena sambutan berkenaan.
“Perayaan ini kita sambut setahun sekali dan semoga semua rakyat Sabah menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan kerana tahun ini agak istimewa di mana kerajaan telah mewartakan tarikh 31 Ogos ini untuk sambutan Hari Sabah selepas ia diwartakan 5 Jun lepas,” katanya dalam satu kenyataan.



