Mat Kilau Mula Ditayangkan Di Netflix, Ulasan Kurang Memuaskan Di Media Sosial

Movie
27 Sep 2022 • 8:00 AM MYT
Saya Zuan
Saya Zuan

An avid toy collector who enjoys making videos, writing and travelling.

Hampir sebulan selepas filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan di panggung wayang, filem ini telah berjaya mendapatkan kutipan sebanyak RM84 juta dan berjaya menjadi fenomena sekelip mata. Media sosial disajikan dengan gambar-gambar penonton-penonton mengenakan busana lengkap Melayu siap dengan tanjak ke panggung wayang mengikut tema filem yang ditonton. Pada masa yang sama, seni silat juga mendapat sambutan hangat dan ramai yang mendaftarkan diri untuk mempelajari seni silat.

Namun, benarkah filem ini berjaya tersemat di hati penonton-penonton?

Sempena 16 September yang lalu, bersempena dengan Hari Malaysia yang ke-59, perkhidmatan penstriman Netflix Malaysia mula menayangkan filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof tersebut. Netflix ialah sebuah platform untuk peminat filem Mat Kilau tonton semula filem yang mereka sukai manakala penonton yang tidak sempat menonton filem ini di pawagam juga dapat menontonnya buat kali pertama di Netflix.

Namun, walaupun filem Mat Kilau mendapat tempat pertama dalam “Top 10 shows watched in Malaysia”, ramai penonton yang menontonnya buat kali pertama meluahkan rasa tidak puas hati dan banyak respons negatif dikongsi di media sosial. Kebanyakan isu yang dirasakan oleh mereka adalah dari segi bunyi yang digunakan (terutama sewaktu babak pergaduhan), skrip dan kualiti sinematografi filem.

Ada seorang pemuda di Twitter mengatakan mengapa kamera bergoyang teruk, terutama waktu pergaduhan sedangkan menunjukkan koreografi perbalahan yang baik seperti penggunaan keris atau silat adalah lebih baik dan boleh meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada penonton. Ada juga yang menyatakan kamera bergoyang teruk itu menyebabkan sakit mata dan kepala.

Sumber: Twitter

Pengguna Twitter yang lain meluahkan tentang penggunaan bahasa yang digunakan karektor-karektor dalam filem tersebut menggunakan bahasa moden. Ada juga yang menyatakan pakaian (kostum) yang digunakan bukan daripada abad ke-19. Maka, ada yang mencadangkan filem-filem bersejarah sebegini patut menggunakan pakar bahasa atau sejarah sebelum sesi perfileman. Ini termasuk pakaian atau kostum yang digunakan pada era tersebut.

Sumber: Twitter

Sebelum filem Mat Kilau mulai ditayangkan di Netflix Malaysia bersempena dengan Hari Malaysia, filem ini telah ditayangkan di 200 buah pawagam di Indonesia terlebih dahulu. Namun, filem Mat Kilau ini kurang mendapat sambutan di negara jiran.

Menurut pendapat salah seorang ahli group Facebook “Komuniti Suka Filem”, sebab utama filem Mat Kilau kurang mendapat sambutan di Indonesia kerana tidak ramai orang yang mengenali Mat Kilau sebagai seorang tokoh bersejarah di Malaysia. Pada masa yang sama, di dalam filem Mat Kilau sendiri kurang menjelaskan siapakah karekter Mat Kilau itu. Di Indonesia, filem-filem tentang tokoh bersejarah atau bertemakan kepahlawanan orang Indonesia adalah tidak asing lagi. Orang Indonesia memang suka menyokong filem-filem sebegitu namun, kualiti filem bersejarah Mat Kilau belum cukup dapat melawan kualiti filem bersejarah Indonesia yang sedia ada. Ini bukan kerana orang Indonesia anti filem Malaysia, kerana filem animasi Malaysia seperti “Boboiboy”, “Omar dan Hana”, “Bola Kampung” dan macam-macam lagi adalah sangat popoular, termasuk filem Syamsul Yusof “Munafik”. Baca lebih pendapat ini disini.

Penghasilan filem Mat Kilau adalah suatu yang patut dibanggakan kerana jarang-jarang pengarah Malaysia sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi menghasilkan filem bersejarah sebegini. Namun, semoga lebih ramai pengarah-pengarah sudi melakukan lebih penelitian dan memperhalusi perkara-perkara bersejarah di masa hadapan sekiranya berminat untuk menghasilkan lebih banyak filem genre sebegini di masa hadapan. Semoga anak-anak muda kita juga dapat mengenali dan menghargai sejarah yang telah membentuk Malaysia hari ini.


Saya Zuan adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.

Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.