
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada minggu lalu, kecoh di media isu mengenai campuran beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI).
Segalanya bermula apabila pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengesahkan ada pengilang yang tidak bertanggungjawab mencampurkan beras tersebut dipercayai untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Pengesahan itu dibuat oleh MARDI selepas melakukan kajian terhadap lebih 5,000 sampel butir beras yang dijual sebagai beras import.
Pendedahan itu nyata menarik perhatian hingga ramai yang mengecam dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terutamanya kepada pengilang berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Kajian Mardi Sahkan Beras Putih Tempatan Dicampur Dengan Beras Import
Campur Beras Dah Berlaku Sejak Tahun 1970an – Mat Sabu
Terbaharu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, mendedahkan tindakan mencampurkan beras tempatan dan import telah berlaku sejak tahun 1970-an lagi.
Dia yang juga dikenali dengan gelaran Mat Sabu menjelaskan ia bukanlah baru berlaku ketika pentadbiran kerajaan sekarang sebaliknya selepas penubuhan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).
Dapatan itu diperoleh hasil daripada kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ke atas industri padi dan beras sejak awal tahun 2024.
Campuran Beras Untuk Penuhi Cita Rasa Pengguna
Hasil dapatan itu juga merumuskan bahawa tujuan campuran makanan ruji rakyat Malaysia itu adalah bagi memenuhi cita rasa pengguna tempatan selain menghasilkan pelbagai jenama di pasaran.
“Hasil kajian berkenaan sudah dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara (JKKMN) Bilangan 2 2024 pada 17 Disember 2024.
“Susulan Mesyuarat JKKMN dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Disember 2024, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diarahkan supaya memperhalusi kaedah dan mekanisme terbaik untuk mengawal percampuran berat putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI) melalui perundangan.
“Serta merangka simulasi cadangan penetapan harga yang bersesuaian bagi kategori beras campuran secara komprehensif sebelum dikemukakan bagi pertimbangan Jemaah Menteri,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.
Mat Sabu yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Raja berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) mengenai bekalan beras tempatan.
Muslimin mempersoal stok beras tempatan sedangkan negara mempunyai sawah padi yang berkeluasan lebih 644,854 hektar dan menghasilkan lebih 2.4 juta tan metrik padi bagi semusim.
Jelas Mat Sabu lagi, kaedah bagi mengawal campuran beras itu turut mendapat sokongan MyCC sebagai penyelesaian bekalan beras.
Tiada Peruntukan Undang-Undang Khusus Berhubung Kes Campur Beras
Jelasnya lagi, berdasarkan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan perundangan subsidiari, tiada peruntukan khusus yang jelas bagi pendakwaan isu berhubung kesalahan percampuran beras.
Namun pada 13 Februari lalu, kerajaan telah memperkenalkan dua kaedah sebagai langkah awal untuk memastikan keseimbangan dalam industri.
Satu daripada dua langkah tersebut adalah dengan penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik bermula 16 Februari 2025.
“Penyelarasan ini dilaksanakan dengan mengambil kira kenaikan kos pengeluaran padi merangkumi kos upah dan kos input pertanian seperti baja, racun dan lain-lain serta impak kepada kos pengeluaran beras dan seterusnya memberi kesan kepada bekalan dan harga beras di pasaran,” jelasnya.
Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk mengekalkan harga BPT pada harga RM2.60 sekilogram dengan menyerap sebahagian kos pengeluaran BPT sekitar RM150 juta bagi tempoh enam bulan.
Langkah yang bermula 1 Mac sehingga 31 Ogos 2025 itu bertujuan bagi memastikan keberadaan bekalan sebanyak 24 juta kampit BPT 10 kilogram secara berperingkat di pasaran.
“Langkah ini adalah untuk membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah mendapat bekalan beras pada harga berpatutan dan seterusnya membantu mengurangkan kos sara hidup mereka,” ujarnya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Jamin Stok Beras Tempatan Tidak Akan ‘Ghaib’ Di Pasaran [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Soal Hak Kemanusiaan, Warga Asing Perlu Diberi Izin Beli Beras di Malaysia Termasuk Beras Tempatan” – Mat Sabu
Source:

![Rakaman CCTV Dedah Situasi Sebenar Budak 4 Tahun Diserang Anjing Liar [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)

![“Bahagia Sebenar”- Keluarga Datang Berbuka Dengan Pengawal Di Sekolah Buat Ramai Terharu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
