Mat Saleh “Speechless” Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia 

7 Dec 2025 • 4:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mat Saleh “Speechless” Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia 

Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia. Ada yang datang untuk belajar dan bekerja, ada pula yang sekadar ingin bercuti seketika daripada kesibukan hidup.

Dengan landskapnya yang memukau serta kepelbagaian budaya dan makanan, tidak hairanlah ramai pelancong jatuh cinta dengan negara ini.

Namun, satu perkara yang sentiasa menambat hati sesiapa sahaja ialah keramahan rakyat Malaysia. Sikap inilah yang membuatkan ramai pelancong kembali berulang kali. Bukan sekadar kerana tempat, tetapi kerana orangnya.

Cerita pasal surat tulisan tangan dari kedai makan Malaysia

Baru-baru ini, tular di media sosial satu perkongsian daripada seorang pelancong asing yang datang ke Malaysia bersama keluarga kecilnya.

Difahamkan, mereka sudah dua bulan menetap di sini dan pengalaman yang dilalui sangat menyenangkan.

“Kami sudah berada di Malaysia selama 2 bulan, dan rakyat di sini sangat ramah serta membuat kami rasa dialu-alukan,” katanya.

Dalam perkongsian sama, pelancong ini turut berkongsi satu kejadian yang cukup menyentuh hati. Ia berlaku ketika mereka membuat pesanan takeaway di sebuah kedai makan di Pulau Pinang.

Namun, apabila makanan sampai, dia perasan ada sedikit perbezaan antara apa yang dipesan dengan apa yang diterima.

Tapi, bukannya marah atau “complain”, pelancong ini malah terharu dengan sekeping nota tulisan tangan yang diselitkan di dalam beg makanan yang diterima.

image is not available
Kredit: TikTok @robnormal

“Mereka bagi kami kerepek bersama makanan yang dibungkus kerana rasa mereka tak beri nasi secukupnya. Saya suka sentuhan ‘old school’ dengan nota tulisan tangan ini,” tambahnya lagi.

@robnormal

We’ve been in Malaysia image is not available 2 Months so far and the people have been so warm and welcoming. They gave us chips with our takeout because they felt they hadn’t given us enough rice. Love the old school personal vibe with the handwritten note image is not availableimage is not available image is not availableThe takeaway is Taiba Shawarma – Ferringhi Walk, and would recommend. #penangmalaysia #malasiatiktok #travelfamily #traveltok #kindness

♬ Vienna – image is not available

Perkongsian itu segera mendapat perhatian di media sosial. Ramai rakyat Malaysia berbangga melihat sikap baik yang ditunjukkan oleh pemilik kedai tersebut.

Hakikatnya, inilah Malaysia, negara yang bukan sahaja cantik pada mata tetapi juga hangat pada jiwa. Walau sekecil apa pun tindakan, ia tetap membentuk imej negara di mata dunia.

BACA: Polis Temui Mayat Ibu Sendiri Ketika Operasi Menyelamat

BACA: Dua Kanak-kanak Menangis Lihat Rumah Hancur ‘Disapu’ Banjir

BACA: Ayah Melutut, Meraung Cari Anak Hilang Dalam Tanah Runtuh

Sumber: TikTok @robnormal

The post Mat Saleh “Speechless” Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia  appeared first on Siakap Keli.