“Mata Tak Kering Dalam Dewan Bedah” – Doktor Sebak Kendali Pembedahan Derma Organ Arwah Aidil

LocalHealth & Fitness
20 Nov 2026 • 11:24 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati Berita

  • Doktor yang terlibat dalam pembedahan derma organ Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23, meluahkan rasa sebak sepanjang mengendalikan proses tersebut.
  • Dr Syahr Musafir yang menguruskan pendermaan tulang menyifatkan setiap organ yang diderma sebagai amanah.
  • Organ arwah termasuk dua buah pinggang, paru-paru, hati dan kornea sudah membantu ramai pesakit, manakala tulangnya bakal memberi manfaat kepada puluhan orang.
  • Bangunan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) dipasang lampu hijau sebagai penghormatan kepada arwah.

Kisah pendermaan organ Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi terus menyentuh hati ramai, kali ini menerusi luahan seorang doktor yang terlibat secara langsung dalam pembedahan tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, Dr Syahr Musafir dari Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) berkongsi pengalamannya menerusi Facebook, mengakui emosinya tidak dapat dibendung sepanjang proses itu.

Apa yang dirasai doktor itu?

Muhammad aidil derma organ

Dr Syahr yang menguruskan pendermaan tulang arwah berkata dia tidak dapat menahan air mata memikirkan amanah yang diberikan arwah dan keluarganya.

“Sejak semalam hingga hari ini, rasa lain macam hingga bergenang air mata. Berada dalam dewan bedah pun rasa lain, mata tak kering. Badan tak makan apa-apa sejak pagi tetapi hingga tengah hari pun tak rasa apa.”

Malah, dia berkali-kali mengingatkan dirinya bahawa setiap langkah dalam pembedahan itu adalah amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

“Arwah dermakan tulang. Amanah untuk kita ambil dengan baik. Amanah untuk kita kembalikan arwah dengan baik. Semua ini amanah.”

Berapa ramai yang dapat manfaat?

Image from: “Mata Tak Kering Dalam Dewan Bedah” – Doktor Sebak Kendali Pembedahan Derma Organ Arwah Aidil

Menurut Dr Syahr, organ arwah termasuk dua buah pinggang, paru-paru, hati dan kornea sudah membantu ramai pesakit, manakala tulangnya bakal digunakan untuk merawat puluhan orang lagi.

“Ya Allah insan mulia. Terima kasih, insan mulia. Buat ahli keluarga arwah yang membenarkan dan meredhai pendermaan ini, tuan puan juga insan-insan baik. Saya insaf, sebak tidak terkata.”

Kakitangan hospital turut memberi penghormatan terakhir menerusi upacara Honor Walk, manakala bangunan HPUSM dipasang lampu hijau sebagai simbolik penghormatan kepada penderma.

Baca Juga: Kakak Arwah Muhammad Aidil Dedah Sebab Keluarga Dermakan Organnya, Dua Remaja Terima Buah Pinggang

Apa maksudnya untuk anda?

Seorang penderma boleh mengubah hidup ramai pesakit. Jika anda berhasrat menjadi penderma organ, daftar menerusi Pusat Sumber Transplan Nasional dan yang paling penting, maklumkan hasrat itu kepada keluarga supaya keputusan lebih mudah dibuat pada saat sukar.

The post “Mata Tak Kering Dalam Dewan Bedah” – Doktor Sebak Kendali Pembedahan Derma Organ Arwah Aidil appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved