Matang Berhad gantung tugas CFO sementara siasatan dalaman dijalankan

LocalBusiness & Finance
26 Oct 2026 • 6:01 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Matang Berhad gantung tugas CFO sementara siasatan dalaman dijalankan Image from: Matang Berhad gantung tugas CFO sementara siasatan dalaman dijalankan liza26/10/2026 - 18:01 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 Okt – Matang Berhad menggantung tugas Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Tan Theng Hwee yang turut menjalankan tugas sebagai Pemangku Ketua Pegawai Operasi (COO) berkuat kuasa 26 Oktober 2026 bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan berhubung beberapa perkara berkaitan tadbir urus, operasi dan pengurusan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Matang berkata penggantungan itu merupakan langkah sementara bagi memudahkan siasatan terhadap perkara berkenaan dilakukan.

 

Lembaga pengarah turut menegaskan bahawa siasatan masih di peringkat awal dan setakat ini tiada sebarang salah laku dibuktikan terhadap Tan.

 

Menurut syarikat, penggantungan tersebut merupakan langkah pentadbiran yang neutral bagi memelihara integriti siasatan serta rekod berkaitan.

 

Hoi Siew Chien ambil alih tugas sementara

Sepanjang tempoh penggantungan itu, tanggungjawab CFO dan Pemangku COO akan dipikul sementara oleh Hoi Siew Chien, yang berkhidmat sebagai perunding atau penasihat.

 

Matang Berhad berkata pelantikan sementara itu bertujuan memastikan pengurusan syarikat berjalan dengan teratur serta kesinambungan operasi kumpulan tidak terganggu.

 

Tiada kesan material dijangka

Syarikat menjangkakan penggantungan tugas berkenaan tidak memberi kesan material terhadap kedudukan kewangan atau operasi kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027.

 

Matang Berhad turut memaklumkan bahawa perkembangan material berkaitan perkara itu akan diumumkan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad dari semasa ke semasa.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved