“Matang Sikit, Pi Ngadu Depan Sejadah” – Leona Perlukan Terapi, Netizen Nasihat Dekati Tuhan

12 Jun 2023 • 10:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa saja yang tidak mengenali, Kasih Iris Leona seorang pempegaruh yang sering kali terpalit dengan kontroversi-kontroversi ‘panas’.

Leona yang juga merupakan anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman ada memuat naik ciapan di Twitter bahawa mahu mendapatkan rawatan psikiatri atau terapi minda.

Biarpun tidak memberitahu punca dirinya mahu mendapatkan rawatan tersebut, rata-rata netizen membuat andaian barangkali gadis berumur 21 tahun itu tertekan kerana sering dikecam.

image is not available

Susulan tweet menraih perhatian pengguna, ramai yang memberi saranan agar Leona lebih mendekatkan diri kepada Tuhan yang didakwa merupakan ‘pakar terapi’ terbaik buatnya ketika ini.

Dalam pada itu, ada juga menasihati gadis tersebut untuk lebih mematangkan diri agar seiring dengan umurnya.

image is not available

image is not available

Bahkan, sesetengah netizen memberi cadangan untuk Leona berhenti seketika dari mengguna media sosial supaya diri lebih tenang daripada dikecam masyarakat.

Sekadar info, Leona sebelum ini sering kali dikecam ramai gara-gara cara pemakaiannya yang dianggap terlalu menjolok mata dan tidak melambangkan seperti orang beragama Islam.

image is not available 1 minggu lalu

“Leona Ni Jenis Bodoh Setiap Hari” - Anak Sering Cetus Kontroversi, Azhar Sulaiman Risau Jadi Macam Aliff Syukri?