“Pi Ngadu Depan Sejadah…” – Kasih Leona Kata Dirinya Perlukan Rawatan Terapi Minda

12 Jun 2023 • 12:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kasih Iris Leona, anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman sering kali terpalit dengan kontroversi-kontroversi ‘panas’ melibatkan pemakaian yang terlalu seksi.

Leona baru-baru ini bagaimanapun ada memuat naik ciapan di Twitter bahawa dia mahu mendapatkan rawatan psikiatri atau terapi minda. Biarpun tidak memberitahu punca dirinya mahu mendapatkan rawatan tersebut, rata-rata netizen membuat andaian barangkali gadis berumur 21 tahun itu tertekan kerana sering dikecam.

Kasih Leona dakwa perlukan terapi selepas sering dikecam netizen…

Rata-rata pengguan Twitter menyarankan agar Leona cuba mendekatkan diri kepada Tuhan dan mengadu dengan Maha Pencipta.

image is not available

Leona turut dinasihatkan untuk berhenti seketika daripada menggunakan dan berkongsi apa yang dilakukannya di media sosial. Ini sudah pasti dapat membantu dari terus menerus menjadi sasaran netizen dan pihak media.

image is not available

image is not available

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.