‘Match’ Paling Mendebarkan Pernah Saya Saksikan – Chong Wei

5 Aug 2024 • 10:30 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan perlawanan atlet beregu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sebagai paling mendebarkan yang pernah beliau saksikan.

Chong Wei berkata, perlawanan tersebut yang awalnya dilihat kalah bagaimanapun mampu mengembalikan harapan negara untuk memperoleh pingat gangsa selepas berjaya menewaskan lawan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, semalam.

image is not available

Foto: Wallpaper Cave

“Antara ‘match’ yang paling mendebarkan pernah saya saksikan. Tahniah Aaron- Wooi Tik.

“Gilalah perlawanan ini. Perlawanan yang patut kalah tapi gandingan lelaki sejati Melaka- Kl ini selangkah serangkak mengembalikan harapan untuk lencana di dada,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.

image is not available

Foto: FB Majlis Sukan Negara

Beliau juga mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada pasangan itu kerana berjaya meletakkan nama Malaysia secara rasmi di tangga pingat Olimpik.

“Andalah hero negara sekali lagi,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Aaron-Wooi Yik mempamerkan aksi luar biasa selepas berjaya bangkit meskipun pada perlawanan pertama kalah dengan 16-21.

image is not available

Foto: FB Majlis Sukan Negara

Pada perlawanan kedua, mereka yang awalnya ketinggalan 16-20 meraih enam mata berturut-turut sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Aaron-Wooi Yik menang 16-21, 22-20, 21-19 dalam tempoh 74 minit dalam perlawanan penentuan pingat gangsa pada sukan Olimpik Paris tersebut.

Sumber: Facebook Lee Chong Wei