Maulidur Rasul bukan untuk kekal kealpaan lama – PM

LocalPolitics
25 Aug 2026 • 12:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Maulidur Rasul bukan untuk kekal kealpaan lama – PM

SERDANG – Sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar pesta atau perarakan, sebaliknya perlu dihayati sebagai wadah untuk menyuntik semangat baharu dalam diri umat Islam serta bukannya meneruskan kealpaan lama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, obor Islam sentiasa menjadi obor yang dinamik dan hidup, bahkan setiap episod hidup Rasulullah SAW itu satu pengajaran kepada kehidupan.

“Sambutan ini hanya bermakna kalau ia memberi suntikan semangat, kesedaran dan pencerahan. Kita mampu menjadi manusia muslimun hakikiyun yang jauh lebih baik dan boleh mampu memberi contoh terbaik kepada umat manusia.

“Cabaran bagi kita ialah menghayati supaya umat Islam itu menjadi contoh terbaik. Bukan saja bagi umat Islam, bagi umat manusia, rakyat Malaysia dan umat manusia keseluruhannya.

“Kerana cabaran Islam itu bukan hanya untuk mempamerkan, bukan untuk mengherdik, tetapi untuk menarik minat melalui contoh terbaik,” katanya berucap pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Maulidur Rasul bukan untuk kekal kealpaan lama – PM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved