Maut kena renjatan elektrik ketika cuba ambil mata kail

8 Sep 2026 • 6:46 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Maut kena renjatan elektrik ketika  cuba ambil mata kail

KOTA BHARU: Akibat cuba me­ngambil mata kail tersangkut pada wayar elektrik menggunakan galah besi, seorang pelajar maut terkena renjatan elektrik di Kampung Langgar di sini, semalam.

Dalam kejadian 5.15 petang itu, mangsa Mohamad Ami­ruddin Anwar Md. Azam, 14, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Raja Pe­rempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan.

Ibunya, Norhabibi Jaafar, 52, berkata, dia dimaklumkan oleh anak ketiganya yang melihat kejadian menimpa Mohamad Amiruddin Anwar. Setiba di lokasi, dia hanya mampu berdoa selepas melihat keadaan mang­sa yang sudah kaku.

“Mujur semasa kejadian, ada seorang doktor tinggal berhampiran lokasi kejadian telah datang membantu melakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) sebelum dia dibawa ke HRPZ II.

“Melihat keadaannya keti­ka itu, saya sudah reda. Sehinggalah dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Langgar, semalam.

Norhabibi memberitahu, sebelum kejadian, Mohamad Ami­ruddin Anwar sempat mengikutnya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar untuk mengambil seorang lagi anaknya.

Katanya, sebaik tiba di rumah dia terus masuk ke bilik untuk solat Asar sementara mangsa bersama adiknya, Azamuddin Azwa keluar.

“Selain mangsa dan adiknya, saudaranya Eizzrayyan Riduan turut ke lokasi kejadian. Saya dimaklumkan Azamuddin Azwa, semasa mereka naik basikal abangnya nampak mata kail tersangkut di wayar elektrik.

“Dia berpatah balik ke rumah terletak 100 meter dari lokasi kejadian untuk mengambil galah besi (yang digunakan untuk mengait buah). Dia dipercayai mengait mata kail tersebut menggunakan galah besi ber­kenaan lalu terkena renjatan elektrik,” katanya. – UTUSAN

The post Maut kena renjatan elektrik ketika cuba ambil mata kail appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved