Maut renjatan elektrik: Tiga anggota polis mahu alih galah, hilang keseimbangan

7 Aug 2026 • 10:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Maut renjatan elektrik: Tiga anggota polis mahu alih galah, hilang keseimbangan
Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston.
Image from: Maut renjatan elektrik: Tiga anggota polis mahu alih galah, hilang keseimbangan
Ketiga-tiga mangsa merupakan anggota yang bertugas di Balai Polis Weston, Koperal Chiu Teck Siong, 40, berasal dari Sarawak, Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, berasal dari Kelantan, dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26, berasal dari Terengganu.
Image from: Maut renjatan elektrik: Tiga anggota polis mahu alih galah, hilang keseimbangan
Akibat kejadian itu menyebabkan arus elektrik mengalir ke galah besi dan merenjatkan ketiga-tiga mangsa.
Image from: Maut renjatan elektrik: Tiga anggota polis mahu alih galah, hilang keseimbangan
Kejadian berlaku di luar Balai Polis Weston dan berhampiran sebuah sekolah di kawasan berkenaan.

BEAUFORT - Hilang keseimbangan ketika cuba mengalihkan galah besi untuk diturunkan menyebabkan galah berkenaan jatuh ke arah bertentangan pokok kelapa sebelum terkena kabel elektrik utama, mengakibatkan tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston, di sini, petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.50 petang ketika ketiga-tiga anggota terbabit sedang mengait buah kelapa menggunakan galah besi sepanjang kira-kira lapan meter.

"Apabila mereka selesai mengait buah kelapa dan hendak mengalihkan serta menurunkan galah tersebut, salah seorang daripada mereka telah hilang keseimbangan kemudian galah tersebut telah jatuh ke arah bertentangan pokok kelapa dan terkena kabel elektrik utama.

**media[3607635]**

"Akibat kejadian itu menyebabkan arus elektrik mengalir ke galah besi dan merenjatkan ketiga-tiga mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

Anwar arah siasatan menyeluruh kejadian anggota polis maut di Beaufort

Katanya, kejadian berlaku di luar Balai Polis Weston dan berhampiran sebuah sekolah di kawasan berkenaan.

"Keadaan permukaan kawasan tersebut merupakan tanah gambut dan terdapat air bertakung," katanya.

Champin berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan anggota yang bertugas di Balai Polis Weston, Koperal Chiu Teck Siong, 40, berasal dari Sarawak, Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, berasal dari Kelantan, dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26, berasal dari Terengganu.

**media[3607639]**

"Jenazah ketiga-tiga dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan selepas selesai urusan dokumentasi, jenazah akan dihantar ke kampung halaman masing-masing diiringi oleh pegawai daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Beaufort," katanya.

Katanya, jenazah ketiga-tiga anggota berkenaan akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sarawak, Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun, pihaknya ketika ini masih belum menerima maklumat terperinci mengenai lokasi pengebumian ketiga-tiga anggota berkenaan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved