Mawar Setia Kini Menjadi Pemegang Saham Majoriti U Mobile

LocalTechnology
17 Mar 2026 • 8:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

U Mobile hari ini mengumumkan transaksi antara Singapore Technologies Telemedia dan Mawar Setia Sdn Bhd telah selesai, sekaligus menyaksikan Mawar Setia kini menjadi pemegang saham terbesar U Mobile dengan pegangan melebihi 50%.

Mawar Setia merupakan syarikat pelaburan yang ditubuhkan oleh Tan Sri Dato Seri Vincent Tan Chee Yioun dan juga YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim Ismail.

Selari dengan ini juga, U Mobile mengumumkan YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Pengerusi untuk U Mobile, berkuat-kuasa 13 Mac 2026. Jawatan berkenaan dipegang oleh Tan Sri Dato Seri Vincent Tan Chee Yioun sebelum ini.

Sebelum ini, pada 2024 yang lepas, SKMM telah memilih U Mobile untuk pembangunan rangkaian 5G kedua negara. Ketika itu, salah satu syarat yang diletakkan adalah termasuk berkenaan dengan pemilikan saham asing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved