Maxim Ingin Meluaskan Perkhidmatan Meliputi Penghantaran Makanan Dan Barangan Pada 2026

LocalBusiness & Finance
6 Jan 2026 • 2:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maxim merupakan salah satu perkhidmatan seru-pandu di Malaysia, yang beroperasi di beberapa bandar. Selepas sekian lama memfokuskan kepada ciri pengangkutan ke destinasi, kini Maxim turut melihat untuk memperluaskan perkhidmatan mereka pada tahun 2026 ini.

image is not available

Berkongsi mengenainya, Maxim mengatakan pada tahun 2026 ini, mereka akan memperluaskan perkhidmatan, khususnya dalam penghantaran makanan dan barangan. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan, dan bagaimana dengan kawasan liputan awal.

Dengan langkah ini, Maxim juga turut akan bersaing dalam arena yang kini diterajui oleh Grab, FoodPanda dan ShopeeFood, selain turut mempunyai pemain lain seperti Misi. Penyertaan Maxim juga dijangka akan memeriahkan lagi pasaran, dan membuatkan pasaran lebih kompetitif.