Maxime Bouttier Beri Luna Maya Syarat, Baru Jumpa 5 Kali Lepas Kahwin

5 Jun 2025 • 7:45 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pasangan pengantin baharu, Luna Maya dan Maxime Bouttier mengaku kesibukan dengan jadual kerja membuat mereka berdua susah bertemu meski sudah tinggal serumah.

Malah sejak menikah pada 7 Mei lalu, Maxime mendedahkan baru lima kali bertemu Luna. Namun ‘pertemuan’ mereka juga tidak membolehkan keduanya menghabiskan masa bersama kerana jadual kerja isterinya yang padat.

“Jujur sejak berkahwin kami baru lima kali bertemu. Dua hari menikah Luna sudah pergi ke Itali atas urusan kerja. Saya pula melakukan promosi di luar daerah. Jadi kami belum benar-benar dapat menghabiskan waktu di rumah bersama,” ujar Maxime seperti dilaporkan InsertLive.com.

Tambah Maxime untuk memastikan Luna yang disifatkan sebagai seorang yang kuat bekerja dan memiliki jadual cukup padat dapat meluangkan masa bersamanya, aktor itu telah menetapkan peraturan.

Kata Maxime dia tidak membenarkan Luna pulang lewat pada setiap malam. Dia mahu isterinya pulang sekitar pukul 8 malam jika tidak mempunyai pekerjaan yang penting.

“Luna memang sangat aktif dengan kerja dan jadualnya selalu padat. Saya risau melihatnya. Balik lewat malam tapi pagi sekitar pukul 4 atau 5 sudah bangun dan rutin olah raga.

“Jadi saya beritahu Luna, setiap tidak ada pekerjaan, pukul 8 malam sudah mesti ada di rumah. Kita makan malam. Jika boleh saya mahu begitu. Dalam seminggu mesti ada momen malam bersama.

“Saya tidak mahu dia terlalu sibuk. Sebagai suami, saya mahu menjaga dia. Saya mahu dia sihat,” kata Maxime.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved