Maxis Ambil Tindakan Atas Individu Yang Bocorkan Maklumat Peribadi Khairul Aming

LocalTechnology
21 Jul 2026 • 12:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maxis Ambil Tindakan Atas Individu Yang Bocorkan Maklumat Peribadi Khairul Aming

Di Thread semalam, selebriti atas talian Khairul Aming meminta penjelasan selepas maklumat peribadi akaun Maxis beliau didedahkan di media sosial. Selepas tular ke seluruh sudut internet, Maxis telah mengeluarkan kenyataan sebentar tadi bahawa mereka telah mengesan individu yang terlibat membocorkan maklumat pelanggan mereka.

Image from: Maxis Ambil Tindakan Atas Individu Yang Bocorkan Maklumat Peribadi Khairul Aming

Maxis turut menyatakan menerusi hasil siasatan, ini merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran. Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas. Mereka akan menghubungi Khairul Aming pagi ini berkaitan perkara tersebut

Individu yang dikaitkan dengan insiden ini telah dikenalpasti dan Maxis sedang mengambil tindakan segera, termasuk tindakan undang-undang. Maxis memohon maaf atas insiden dan kekal komited terhadap privasi data dan perlindungan data peribadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved