
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (11 Mei) Maxis mengumumkan peluasan tawaran Maxis Home Solar yang telah dilancarkan pada tahun 2025 dengan pilihan Pembelian Terus (Outright Purchase) baharu, menjadikan tenaga boleh diperbaharui lebih mudah diakses oleh isi rumah di Malaysia.
Menurut Maxis, pilihan baharu ini memberi pemilik rumah bawah (landed house) satu lagi cara untuk mengurangkan bil elektrik bulanan dan mengawal penggunaan tenaga mereka dengan Maxis Home Solar.

“Sesuai untuk pemilik rumah yang mahukan pemilikan penuh sistem solar mereka, pilihan Pembelian Terus ini direka untuk memaksimumkan nilai jangka panjang. Pelanggan boleh mengurangkan bil elektrik bulanan sehingga 80%, dengan potensi memulihkan pelaburan awal dalam tempoh seawal tiga (3) hingga lima (5) tahun.”
Dengan ini pelan solar di Maxis kini boleh dilanggan dengan dua cara iaitu:
• Bayaran Bulanan Tetap: Bayar jumlah tetap setiap bulan (contohnya RM300/bulan) bergantung kepada saiz sistem dan bumbung anda.
• Pembelian Terus – Miliki Sistem Anda: Bayar upfront secara penuh (RM30,000 hingga RM50,000+) dan nikmati 100% penjimatan bil elektrik.
Maxis turut tawar pelan ansuran 0% sehingga 36 bulan
Bukan itu sahaja, bagi menjadikan pelaburan ini lebih mudah diakses, Maxis menawarkan pelan bayaran mudah (Easy Payment Plan) dengan 0% faedah sehingga 36 bulan menerusi rakan bank terpilih.
Menerusi semakan kami dua bank yang terlibat setakat ini adalah Maybank dan HSBC.
- Maybank: Sehingga 36 bulan
- HSBC: Sehingga 24 bulan
Daftar sebelum 31 Mei dan dapat penyelenggaran dan insurans percuma sehingga 5 tahun
Apa yang menariknya, pelanggan yang mendaftar Pembelian Terus sebelum 31 Mei akan menikmati penyelenggaraan, insurans dan pemantauan prestasi solar secara percuma sehingga lima tahun.
Pelan ini meliputi sebarang kerosakan tidak sengaja pada komponen sistem PV solar, termasuk panel dan penyongsang, sekali gus melindungi pemilik rumah daripada kos pembaikan yang tidak dijangka.

Peluasan yang tepat pada masanya ini memberi pengguna kebebasan untuk memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan mereka. Ia juga menyokong seruan terkini kerajaan agar pengguna menyertai Solar Accelerated Transition Action Programme atau Solar ATAP, yang menggalakkan isi rumah menjadi lebih berdikari dari segi tenaga serta mengurangkan kesan ketidaktentuan harga elektrik.
Patrick Er, Pengarah Maxis Green Solutions Sdn Bhd, berkata, “Kami percaya Maxis Home Solar bukan sekadar membantu menurunkan bil elektrik pelanggan. Lebih-lebih lagi dengan kos tenaga yang turun naik pada masa kini dan keadaan cuaca yang tidak menentu, kami memahami bahawa pelanggan memerlukan lebih daripada sesuatu penyelesaian – mereka memerlukan jaminan.
“Itulah sebabnya kami komited sepenuhnya untuk memastikan pelaburan mereka terus memberikan prestasi cemerlang untuk tempoh 20 tahun akan datang. Demi ini, kami menyediakan tawaran Maxis Home Solar berasaskan perlindungan insurans yang menyeluruh dan sokongan berterusan yang teguh, bagi memberikan ketenangan minda sepenuhnya kepada pelanggan serta penjimatan tenaga jangka panjang yang sebenar, semuanya disokong oleh penyedia yang boleh dipercayai.”
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Maxis Home Solar atau untuk menempah konsultasi percuma, layari https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/solar/.



