TikTok Umum Penawaran Bebas Iklan Di UK Pada Harga Langganan £3.99 Sebulan

TechnologyDigital
11 May 2026 • 5:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok Umum Penawaran Bebas Iklan Di UK Pada Harga Langganan £3.99 Sebulan

TikTok kini mengumumkan, di pasaran UK, kelak dalam beberapa bulan akan datang mereka akan mula menawarkan pelan langganan berbayar £3.99, yang memberikan pengalaman penggunaan TikTok tanpa iklan.

Image from: TikTok Umum Penawaran Bebas Iklan Di UK Pada Harga Langganan £3.99 Sebulan

Penawaran ini diberikan sebagai pilihan, kepada pengguna berusia 18 tahun dan ke atas. Dengan langkah ini, pengguna boleh memilih sama ada ingin melihat iklan yang diperibadikan berdasarkan data pelayaran mereka, atau melayarinya bebas iklan pada harga langganan bulanan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi pelan lebih kurang sama akan diperluaskan untuk pasaran lain atau tidak. Selain TikTok, pihak YouTube turut menawarkan langganan untuk pengalaman bebas iklan pada perkhidmatan mereka.