Mayat bayi ditemukan dengan kesan tikaman dalam mangkuk tandas, pasangan pelajar kolej ditahan

30 Jul 2026 • 11:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat bayi ditemukan dengan kesan tikaman dalam mangkuk tandas, pasangan pelajar kolej ditahan
Siasatan lanjut di rumah sewa menemui mayat bayi perempuan yang sudah meninggal dunia. Foto hiasan

JOHOR BAHRU - Sepasang pelajar kolej berusia 19 tahun diberkas susulan kematian seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Taman Setia Mutiara, Kluang, Johor pada Rabu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, pada jam 1 tengah hari Rabu selepas pelajar perempuan dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang kerana dipercayai baru melahirkan anak.

Menurutnya, pelajar itu menghubungi gurunya selepas melahirkan bayi tersebut sebelum dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan, pelajar itu telah melahirkan bayi dan terdapat satu lagi bayi perempuan dalam kandungannya.

“Siasatan lanjut di rumah sewanya menemui mayat bayi perempuan yang sudah meninggal dunia,” katanya ketika sidang media sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Khamis.

Pemeriksaan ke atas bayi itu turut menemui beberapa kesan tikaman pada tubuh mangsa namun punca sebenar masih dalam siasatan.

“Tindakan susulan telah menahan seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun yang disyaki teman lelaki pelajar perempuan itu bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau cuba menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved