Mayat buruh jatuh bot ditemukan sejauh 20 kilometer

3 Nov 2026 • 1:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mayat buruh jatuh bot ditemukan sejauh 20 kilometer

KOTA BHARU: Selepas hampir 48 jam hilang, mayat seorang buruh ditemukan dalam keadaan tertiarap di bawah pam menyedut pasir di Sungai Kelantan di Kampung Chekok, Serendah di sini, hari ini.

Mayat Muhammad Aqbar Che Abdullah, 35, dijumpai kira-kira pukul 8 pagi oleh penduduk kampung yang membantu pasukan bomba menjalankan operasi mencari mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Fakaruddin Brahim berkata, mayat lelaki itu ditemukan kira-kira 20 kilometer dari lokasi mangsa dikhuatiri terjatuh dari bot oleh penduduk kampung.

Katanya, pasukan bomba menerima maklumat berhubung penemuan mangsa oleh penduduk kampung yang membantu mencari sejak hari kejadian.

“Anggota bomba yang ke lokasi kejadian mendapati mayat seorang lelaki berada di kawasan tersebut. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Zamri Abdullah, 60, berkata, dia berada di atas sebuah bot bersama tiga rakannya sebelum dimaklumkan oleh penduduk kampung mengenai penemuan mayat mangsa.

“Allahyarham Muhammad Aqbar merupakan rakan saya dan kami bersyukur apabila mayatnya ditemukan selepas lebih 48 jam hilang, Saya bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu pasukan bomba mengangkat mayat mangsa sebelum dibawa ke jeti Tok Imam Yie,”katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu Muhammad Aqbar yang bekerja sebagai pengorek pasir menggunakan jentera berat dikatakan mengalami kekejangan pada bahagian kaki sebelum terjatuh ke dalam sungai dari sebuah bot.

Isteri mangsa, Nor Asnida Mohd. Tarmizi, 32, berkata, suaminya mengalami demam pada malam sebelum kejadian selain mempunyai sejarah tekanan darah rendah. – UTUSAN

 

The post Mayat buruh jatuh bot ditemukan sejauh 20 kilometer appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved