Selepas tiga hari, jasad Muhammad Aqbar ditemui bawah pam menyedut pasir

3 Nov 2026 • 3:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Selepas tiga hari, jasad Muhammad Aqbar ditemui  bawah pam menyedut pasir
Seorang pekerja pengorek pasir yang dipercayai tergelincir dari bot di Sungai Kelantan ditemukan lemas kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian di Kampung Chekok, Serendah di sini pada Selasa.
Image from: Selepas tiga hari, jasad Muhammad Aqbar ditemui  bawah pam menyedut pasir
Mayat mangsa yang dibawa menaiki bot untuk dihantar ke daratan.
Image from: Selepas tiga hari, jasad Muhammad Aqbar ditemui  bawah pam menyedut pasir
Muhammad Aqbar Che Abdullah, 35, ditemukan dalam keadaan tertiarap di bawah pam menyedut pasir kira-kira jam 8 pagi oleh penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari mangsa.

KOTA BHARU – Seorang pekerja pengorek pasir yang dipercayai tergelincir dari bot di Sungai Kelantan ditemukan lemas kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian di Kampung Chekok, Serendah di sini pada Selasa.

Muhammad Aqbar Che Abdullah, 35, ditemukan dalam keadaan tertiarap di bawah pam menyedut pasir kira-kira jam 8 pagi oleh penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Fakaruddin Brahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu daripada penduduk sebelum anggota bomba dikerahkan ke lokasi.

**media[3698547]**

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mayat seorang lelaki berada di kawasan tersebut.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika kepada pemberita di lokasi kejadian pada Selasa.

Akhbar sebelum ini melaporkan, mangsa pada Ahad lalu menaiki bot ke tempat kerja di lokasi pam bersama rakan dan dipercayai terjatuh dari bot.

**media[3698548]**

Seorang penduduk, Zamri Abdullah, 60, berkata, dia mengetahui mengenai penemuan mangsa ketika menyertai usaha mencari bersama tiga rakannya.

Katanya, Muhammad Aqbar merupakan rakannya dan penemuan itu melegakan mereka selepas usaha pencarian dilakukan sejak mangsa dilaporkan hilang.

“Muhammad Aqbar merupakan rakan saya dan kami bersyukur apabila mayatnya ditemukan selepas lebih 48 jam hilang.

“Saya bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu pasukan bomba mengangkat mayat mangsa sebelum dibawa ke jeti Tok Imam Yie,” katanya.

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved