Mayat dalam beg pakaian disahkan wanita, mati dibunuh - Polis

15 Aug 2026 • 7:14 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat dalam beg pakaian disahkan wanita, mati dibunuh - Polis
Mayat yang ditemukan dalam sebuah beg pakaian di Sungai Perak berhampiran Jeti Lembah Kuala Kangsar pada Jumaat disahkan seorang wanita dipercayai mati dibunuh.
Image from: Mayat dalam beg pakaian disahkan wanita, mati dibunuh - Polis
Penemuan mayat tersebut diterima daripada seorang lelaki tempatan kira-kira jam 3.12 petang.

KUALA KANGSAR - Mayat yang ditemukan dalam sebuah beg pakaian di Sungai Perak berhampiran Jeti Lembah Kuala Kangsar pada Jumaat disahkan seorang wanita dipercayai mati dibunuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, siasatan awal mendapati, mangsa berusia lingkungan 30 tahun, namun identitinya belum dapat dikenal pasti.

"Polis kini menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Beg pakaian berisi mayat terapung di Sungai Perak

Beliau berkata, maklumat penemuan mayat tersebut diterima daripada seorang lelaki tempatan kira-kira jam 3.12 petang.

**media[3615439]**

Menurutnya, lelaki terbabit memaklumkan menemukan mayat berkenaan di dalam Sungai Perak berhampiran jeti berkenaan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Heisham berkata, pihaknya meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.

Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di talian 05-776 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran

"Oang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menimbulkan provokasi berkaitan kejadian ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan satu mayat disyaki mati sejak beberapa hari lalu ditemui terapung dalam sebuah beg pakaian yang dibalut pembungkus plastik.

Keadaan mayat berkenaan disedari seorang pemandu bot tambang susulan keadaan air sungai yang cetek.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved