Mayat wanita dalam beg pakaian ditemui di Sungai Perak

15 Aug 2026 • 8:03 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Mayat wanita dalam beg pakaian ditemui di Sungai Perak

IPOH, 15 OGOS: Polis mengesahkan mayat yang ditemukan di dalam beg pakaian di Sungai Perak berhampiran jeti Lembah Kuala Kangsar petang semalam, merupakan seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa berusia lingkungan 30-an, namun identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan kira-kira 3.12 petang, memaklumkan telah menjumpai mayat di dalam Sungai Perak berhampiran jeti berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Heisham menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menimbulkan provokasi berkaitan kejadian tersebut.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu, diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar menerusi talian 05-776 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved