Mayat wanita dibunuh disumbat dalam beg pakaian terapung

15 Aug 2026 • 8:04 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat wanita dibunuh disumbat dalam beg pakaian terapung

KUALA KANGSAR – Mayat yang ditemui di dalam sebuah beg pakaian di Sungai Perak berhampiran Jeti Lembah Kuala Kangsar, di sini, semalam disahkan polis seorang wanita dipercayai mati dibunuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa berusia lingkungan 30 tahun, namun identitinya belum dikenal pasti.

“Polis kini menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, maklumat penemuan mayat itu diterima daripada seorang lelaki tempatan kira-kira pukul 3.12 petang.

Heisham berkata, lelaki itu memaklumkan tentang penemuan mayat berkenaan di dalam Sungai Perak berhampiran jeti tersebut.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Heisham berkata, pihaknya meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.

Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di talian 05-776 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, media melaporkan satu mayat disyaki telah mati sejak beberapa hari lalu ditemui terapung dalam sebuah beg pakaian yang dibalut pembungkus plastik.

Mayat tersebut disedari oleh seorang pemandu bot tambang susulan keadaan air sungai tersebut yang cetek. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat wanita dibunuh disumbat dalam beg pakaian terapung appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved