Mayat dalam tangki kumbahan: Lima lagi suspek direman

10 Sep 2026 • 4:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat dalam tangki kumbahan: Lima lagi suspek direman

SEBERANG PERAI – Lima lelaki Myanmar direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki tempatan yang mayatnya ditemukan dalam tangki kumbahan di Nibong Tebal di sini, semalam.

Penahanan suspek berusia 23 hingga 35 tahun itu menjadi keseluruhan suspek yang ditahan reman ketika ini adalah seramai 10 orang.

Kesemua suspek ditahan di Lenggeng, Negeri Sembilan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, kira-kira pukul 2 petang tadi.

Perintah reman terhadap lima suspek dikeluarkan Majistret J Savinder Singh bermula hari ini hingga 16 September bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Penahanan kelima-lima suspek itu dipercayai memberi petunjuk baharu kepada polis dalam usaha mengesan suspek utama berkaitan kes berkenaan.

Semalam, media melaporkan penemuan mayat lelaki tempatan dipercayai berusia lingkungan 50-an dalam keadaan tangan dan kaki terikat di dalam tangki kumbahan di belakang sebuah rumah teres di Taman Seri Bistari, Nibong Tebal. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat dalam tangki kumbahan: Lima lagi suspek direman appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved