Mayat dipercayai kanak-kanak perempuan lemas ditemukan

3 May 2026 • 1:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat dipercayai kanak-kanak perempuan lemas ditemukan
Mangsa ditemui kira-kira jam 12.17 tengah hari oleh anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) yang menaiki bot menyusuri Sungai Langat.

KAJANG - Kehilangan kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, di sini sejak tiga hari lalu terungkai apabila mayat mangsa ditemukan pada Ahad.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Selangor, Wan Syariman Wan Salleh berkata, mayat dipercayai kanak-kanak berusia sembilan tahun itu ditemui kira-kira jarak 11 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Mayat dikenalpasti sebagai Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, berdasarkan pengecaman oleh ibu bapa mangsa.

"Mangsa ditemui kira-kira jam 12.17 tengah hari oleh anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) yang menaiki bot menyusuri Sungai Langat.

"Ibu dan bapa mangsa telah hadir untuk membuat pengecaman di lokasi," katanya pada Ahad.

AKAN MENYUSUL

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved