Mayat lelaki dalam Sungai Sembrong dikategori mati mengejut

8 Oct 2026 • 10:23 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat lelaki dalam Sungai Sembrong dikategori mati mengejut

KLUANG – Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam Sungai Sembrong, Batu 5, Jalan Mersing, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mayat lelaki berusia kira-kira 40 tahun itu ditemukan pada pukul 2.41 petang.

Menurut beliau, mangsa merupakan penduduk Kluang dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.

“Mayat yang ditemui di bawah Jambatan Sungai Sembrong Batu 5, Jalan Mersing, Kluang itu dikategorikan sebagai mati mengejut. Mayat telah dituntut ahli keluarga selepas proses bedah siasat dan pengecaman selesai,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, penemuan mayat berkenaan tular di media sosial selepas orang awam memaklumkan terdapat mayat ditemukan di bawah Jambatan Sungai Sembrong, kelmarin. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat lelaki dalam Sungai Sembrong dikategori mati mengejut appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved