Mayat lelaki ditemui terapung di perairan Tanjung Tuan

12 Jul 2024 • 10:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dengan hanya berseluar panjang oleh pemancing di sekitar perairan Tanjung Tuan, di sini pada petang Khamis.

image is not available
Mayat tanpa identiti ditemukan pada Khamis.

PORT DICKSON - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dengan hanya berseluar panjang oleh pemancing di sekitar perairan Tanjung Tuan, di sini pada petang Khamis.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd Khairi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan itu kira-kira jam 5.10 petang.

**media[2722988]**

"Berikutan itu, sebuah bot yang sedang dalam operasi, diarahkan ke lokasi untuk mengesan dan melaksanakan tindakan selanjutnya.

"Lebih kurang jam 5.51 petang, bot tiba di lokasi dan menemui satu mayat lelaki, hanya berseluar panjang di kedudukan 2.2 batu nautika barat daya Tanjung Tuan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, mayat tanpa identiti itu kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730.

"Sebarang maklumat berkaitan jenayah mahupun kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan atau kecemasan 999 yang beroperasi secara 24 jam," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved