Mayat lelaki ditemui terapung di Taman Tasik Danau Kota

28 Jun 2025 • 1:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 28 JUN: Mayat lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di tengah-tengah tasik di Taman Tasik Danau Kota, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan itu pada 8.16 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Zulkefri Abdul Malik berkata sepasukan tujuh anggota bersama jentera Fire Rescue Tender digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati satu mayat lelaki dewasa terapung di tengah tasik. Anggota operasi menggunakan tali dan pengusung (stretcher) untuk membawa mayat ke tebing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat berkenaan berjaya dibawa naik kira-kira 40 minit kemudian pada 8.56 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved