Mayat lelaki ditemukan dalam rumah berkunci

7 Jan 2025 • 9:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa yang tinggal seorang diri di rumah disahkan meninggal dunia akibat sakit kencing manis kronik. Foto: Bomba Perak (Gambar kecil: Mohamad Nasir)

TAIPING - Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah rumah yang berkunci di Kampung Boyan di sini pada Selasa.

Keadaan S Santhekasakar, 44, itu disedari kakak mangsa selepas dikatakan gagal dihubungi sejak Isnin.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, mangsa yang tinggal seorang diri di rumah berkenaan mempunyai rekod penyakit kencing manis.

"Punca kematian mangsa disahkan disebabkan sakit kencing manis yang kronik.

"Setakat ini, siasatan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, mangsa berjaya dibawa keluar dari rumah tersebut dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taiping yang menerima panggilan pada jam 1.42 petang.