Mayat lelaki ditemukan terapung dalam tali air

25 Dec 2022 • 2:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba membawa mayat seorang lelaki yang ditemukan terapung dalam tali air di Kampung Kubang Khacang, Kota Bharu pada Sabtu.

KOTA BHARU - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam tali air di Kampung Kubang Khacang, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan telah menjumpai mayat di dalam tali air berhampiran sawah padi pada jam 12.20 tengah hari.

"Susulan daripada maklumat tersebut pihak kami ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki.

"Siasatan awal mendapati lelaki tersebut berusia 45 tahun, tinggal di Kampung Tambak Banggu serta tidak mempunyai rekod lampau," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat.

Ujarnya, hasil bedah siasat yang dijalankan didapati punca kematian adalah lemas.

Mohd Rosdi memberitahu, walaubagaimanapun buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved