Ramai Luah Perasaan Sedih Lihat Beg Spiderman Milik Mangsa Terakhir Tanah Runtuh Batang Kali

Entertainment
25 Dec 2022 • 10:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Petang semalam, mayat mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm akhirnya ditemui selepas lebih seminggu kejadian tersebut berlaku.

Difahamkan, mayat mangsa yang ke-31 yang juga seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan di Sektor A tapak perkhemahan itu.

Walau bagaimanapun, beg Spiderman yang dipegang oleh seorang anggota polis wanita semalam telah menjadi perhatian kerana beg berkenaan merupakan milik mangsa terakhir tersebut.

image is not available

Menurut Harian Metro, beg Spiderman milik mangsa terakhir itu telah dibawa ke kawasan pencarian itu oleh ibu mangsa agar Unit Anjing Pengesan (K9) boleh mengecam bau itu untuk memudahkan proses mencari mangsa.

image is not available

Gambar beg Spiderman yang dipegang oleh salah seorang anggota polis wanita itu telah dikongsikan di Facebook Polis Diraja Malaysia semalam sebelum gambar berkenaan dibanjiri komen oleh warganet yang rata-rata sedih dan tersentuh melihat beg mangsa.

TANAH RUNTUH: MANGSA TERAKHIR DIJUMPAIHulu Selangor, 24 Disember 2022 – Penantian selama sembilan hari berakhir…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Saturday, December 24, 2022

 

image is not available

Jutaan terima kasih buat semua agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.