Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Kelantan

25 Aug 2025 • 9:28 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat mangsa dibawa naik ke darat. Foto: APM

KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemukan lemas di Sungai Kelantan berhampiran Istana Kota Lama di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu mayat mangsa dikatakan terapung di tepi tebing sungai terbabit.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata, empat anggota Unit Marin bersama sebuah bot fiber digerakkan ke lokasi.

"Pasukan penyelamat tiba di lokasi kira-kira jam 8.05 malam dan mendapati mangsa sudah berada di tepi sungai.

"Anggota Unit Marin kemudian bertindak menaikkan mangsa ke darat sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved