Polis Sahkan Ada Kesan Hiris Pada Leher Mayat Terapung Di Sungai Kelantan

LocalPolitics
25 Aug 2025 • 2:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis mengesahkan mayat lelaki tanpa identiti yang ditemukan terapung di tebing Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra meninggal akibat kesan luka hiris di bahagian leher.

Kesan hiris pada leher

image is not available

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud memaklumkan mayat ditemukan jam 6.30 petang dalam keadaan yang sudah membengkak.

“Mangsa adalah seorang lelaki dan ditemui dalam keadaan berpakaian t-shirt berkolar berwarna ungu, berseluar pendek coklat, bertali pinggang dan mayat dalam keadaan membengkak.

“Proses bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) tengah malam tadi mengesahkan punca kematian adalah kesan luka hiris pada leher si mati.

“Identiti si mati masih belum dikenal pasti sehingga menunggu laporan cap jari dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA),” kata Mohd Rosdi, hari ini.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Sehubungan itu, kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Norismalina Ahmad di talian 012-7941447 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Sumber: Berita Harian (Siti Rohana Idris)