Mayat lelaki separa reput ditemukan di ladang

20 Jan 2026 • 8:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis menemukan satu mayat lelaki dalam keadaan separa reput di kawasan Ladang Karmen, Mengkarak, Bera pada Selasa. Gambar hiasan

KUANTAN - Polis menemukan satu mayat lelaki dalam keadaan separa reput di kawasan Ladang Karmen, Mengkarak, Bera pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, Balai Polis Mengkarak menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira jam 10 pagi.

"Punca kematian dan pengesahan identiti masih dalam siasatan. Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Temerloh (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Zulkiflee meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau kehilangan ahli keluarga membantu siasatan dengan menghubungi talian 019-910 1044 atau 09-250 8222 atau hadir ke balai polis berhampiran. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved