Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Pulau Pangkor

2 Aug 2026 • 12:43 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Pulau Pangkor

LUMUT: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Tanjung Hantu, Pulau Pangkor, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, Pusat Operasi Maritim Perak menerima panggilan kecemasan menerusi talian 999 pada pukul 10.31 pagi mengenai penemuan mayat kira-kira 1.3 batu nautika di barat daya Tanjung Hantu.

Katanya, susulan laporan diterima, Bot Penggalang 1639 diatur gerak ke lokasi bagi membuat pengesahan dan melaksanakan tindakan lanjut.

“Bot berkenaan tiba di lokasi pada pukul 11.22 pagi sebelum mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai warga Indonesia.

“Mangsa ditemukan memakai baju berwarna hitam dan berseluar pendek,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mayat berkenaan ditemui terlebih dahulu oleh sebuah bot pancing pada kedudukan kira-kira 1.4 batu nautika di barat Tanjung Hantu sebelum maklumat disalurkan kepada Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk proses pengecaman identiti, bedah siasat dan siasatan lanjut,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Shukri menyeru komuniti maritim dan orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan kecemasan, kemalangan atau aktiviti mencurigakan di laut.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak di talian 05-683 8737 atau talian kecemasan 999 bagi membolehkan tindakan segera diambil,” katanya. – UTUSAN

The post Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Pulau Pangkor appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved