Mayat lelaki tanpa pakaian ditemukan di parkir LRT Pandan Jaya

18 Nov 2026 • 4:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat lelaki tanpa pakaian ditemukan di parkir LRT Pandan Jaya

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian di kawasan parkir Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pandan Jaya, Ampang, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima maklumat daripada anggota kereta peronda polis (MPV) berhubung penemuan lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pemeriksaan awal di lokasi mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Jelas beliau, lelaki tersebut disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Ampang.

“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Ampang bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu kata Khairul.Anuar, orang ramai yang mempunyai ahli keluarga atau kenalan lelaki yang dilaporkan hilang dan masih belum ditemui diminta menghubungi IPD Ampang Jaya bagi membantu pihak polis mengenal pasti identiti si mati.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Ampang Jaya menerusi talian 03-42897222,”katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Mayat lelaki tanpa pakaian ditemukan di parkir LRT Pandan Jaya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved