Mayat lelaki tanpa pakaian ditemui di parkir LRT

18 Nov 2026 • 3:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat lelaki tanpa pakaian ditemui di parkir LRT
Mayat lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti itu ditemukan kira-kira jam 7.30 pagi. - Gambar hiasan.

AMPANG - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap tanpa sebarang pakaian di kawasan parkir LRT Pandan Jaya, di sini pada Rabu.

Mayat lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti itu ditemukan kira-kira jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan lelaki berkenaan daripada anggota kereta peronda (MPV).

Beliau berkata, pemeriksaan awal di lokasi mendapati lelaki terbabit berada dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri.

"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Ampang.

"Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Ampang bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai ahli keluarga atau kenalan lelaki dilaporkan hilang dan masih belum ditemui diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222 bagi membantu proses pengecaman.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved