Mayat Lelaki Tempatan Ditemui Reput Di Susur Keluar Rawang Bypass

LocalPolitics
10 Dec 2024 • 4:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Polis hari ini mengesahkan mayat reput yang ditemukan di laluan susur keluar Rawang Bypass merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya ada menerima maklumat berhubung dengan penemuan mayat itu di kawasan hutan Jalan Rawang Bypass jam 9.30 pagi Isnin.

Beliau berkata, mayat itu dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.

“Pihak polis juga menemui barangan peribadi milik si mati seperti dompet yang mengandungi kad pengenalan diri dan jam tangan.”

“Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat akan dijalankan pada hari ini (Selasa).”

image is not available

Katanya lagi, kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Jelasnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

Tambahnya, orang ramai boleh hubungi Ketua Polis Balai Rawang, Inspektor Zharif Zakaria di talian 013-2969222 atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Sumber : Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.