[VIDEO] ‘Lambaian terakhir penduduk Long Lellang kepada hero, heroin’

9 Sep 2026 • 10:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Lambaian terakhir penduduk Long Lellang kepada hero, heroin’

PETALING JAYA – Lima mayat mangsa nahas helikopter BO-105 yang terhempas di Long Lellang, Miri semalam dibawa ke Hospital Miri menggunakan helikopter bomba serta tiba di sana kira-kira pukul 6 petang tadi.

Perjalanan membawa kelima-lima mayat tersebut ke hospital, diiringi suasana sayu apabila penduduk kampung Long Lellang turut bersama-sama memberikan lambaian terakhir sebaik helikopter bomba melakukan penerbangan.

Menerusi video dimuat naik seorang pengguna Thread Qazz Iskandar, penduduk berkumpul di luar pagar dan melambai ke arah helikopter bomba, malah juruterbang turut membalas lambaian tersebut.

“Lambaian terakhir dari penduduk Long Lellang kepada hero dan heroin kita. Terima kasih kerana berjasa kepada mereka dan kami rakyat Sarawak. Doa kami untuk anda semua hingga hujung nyawa,” menurut kapsyen video Qazz Iskandar.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih atas kejadian menimpa mangsa-mangsa berkenaan.

“Dulu dia bawa orang kan, sekarang orang bawa dia, tapi dalam keadaan jasad yang kaku. Semoga semua keluarga mangsa kuat dengan ujian ini,” komen Dee.louraaa.

“Ya Allah, sesak dadaku menitis air mata. Semoga syurga buat mereka,” kata Alwisobrie.

“Sedih sangat tengok video ni. Selamat tinggal comrades, terima kasih atas jasa-jasa kalian,” kata N.frhn.t.

Kelima-lima mangsa terdiri daripada juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, serta empat petugas Kementerian Kesihatan iaitu Dr. Ainul Baraah Kamaruddin, 33, Alexson Adit Henry, 31, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

Helikopter BO-105S itu terhempas di hujung landasan terbang Long Lelang kira-kira pukul 3.40 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Lambaian terakhir penduduk Long Lellang kepada hero, heroin’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved