
BESUT: Seorang pemuda ditemukan maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam tali air di Jalan Kampung Gerong dekat Apal di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Rozaime Ab. Rahim berkata mayat mangsa Muhammad Irwan Rani, 22, ditemui orang awam kira-kira pukul 10.00 pagi tadi, bersama motosikalnya di dalam tali air berkenaan.
“Kemalangan itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 2.00 pagi tadi, apabila motosikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan dari Kampung Gerong menghala ke Kampung Alor Lintang.
“Bagaimanapun, penunggang terbabit dipercayai terbabas lalu jatuh ke dalam tali air ketika di lokasi berkenaan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN
The post Mayat pemuda bersama motosikal dijumpa di dalam tali air appeared first on Utusan Malaysia.






