Dua lelaki ditahan disyaki terlibat ugutan jenayah

15 Nov 2026 • 10:39 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Dua lelaki ditahan disyaki terlibat ugutan jenayah

TAWAU: Dua remaja lelaki warga asing yang disyaki terlibat kes mendatangkan kecederaan serta ugutan jenayah terhadap seorang pemuda dengan hendak membakar motosikal mangsa di Kampung Brumas berjaya ditangkap polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Rosdi Mat Jusoh berkata tangkapan dibuat susulan laporan seorang pemuda, 23, yang mendakwa terdengar sekumpulan lelaki yang tidak dikenali berbincang mengenai hasrat untuk membakar motosikal miliknya.

“Mangsa kemudiannya menghampiri kumpulan tersebut bagi memaklumkan bahawa motosikal berkenaan adalah miliknya.

“Bagaimanapun tindakan itu mengakibatkan dua lelaki (suspek) daripada kumpulan tersebut tidak berpuas hati lalu bertindak mencekik leher dan menumbuk mangsa di bahagian mulut menggunakan tangan,”katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Rosdi berkata akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian mulut serta kesakitan di bahagian pipi selain mendakwa menerima ugutan akan dipukul sekali lagi sekiranya terserempak dengan suspek di luar.

Katanya hasil tindakan pantas polis, dua lelaki masing-masing berusia  17 dan 18 tahun berjaya ditahan di perkarangan Pondok Polis Brumas oleh anggota Balai Polis Bombalai dengan bantuan dua anggota Polis Bantuan Sabah Softwood Berhad (SSB).

Menurutnya pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek merupakan warga asing yang dipercayai memasuki dan tinggal di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Suspek dibawa ke Balai Polis Tawau untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu Rosdi menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan jenayah serta mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berhadapan dengan sebarang ancaman atau kejadian jenayah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved