
TAWAU: Mayat warga emas ditemui di dalam sebuah rumah berkunci di Taman Maju Jaya, Jalan Chong Thien Vun, Sabtu malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menjalankan operasi membuka pintu berkunci menggunakan peralatan khas dan menemui mayat yang sudah mula membengkak.
Menurutnya, mayat lelaki itu diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat.
Terdahulu, katanya, sepasukan lapan anggota termasuk pegawai bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan khidmat khas sekitar jam 7.09 malam.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Jemishin berkata, operasi itu kemudian ditamatkan pada 7.48 malam selepas pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
