Mayat suami isteri ditemukan dalam rumah di Beranang

14 Nov 2026 • 1:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat suami isteri ditemukan dalam rumah di Beranang

KAJANG – Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia di dua ruang berasingan di tingkat atas sebuah rumah di Bandar Tasik Kesuma, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 6.31 petang.

Menurut beliau, pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati kedua-dua mangsa yang merupakan warga tempatan masing-masing berusia lingkungan 30-an ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di ruang berasingan di tingkat atas rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang petunjuk jelas yang menunjukkan wujudnya unsur jenayah.

“Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat dan siasatan lanjut.

Dalam pada itu, kejadian berkenaan turut mendapat perhatian pengguna media sosial selepas seorang pengguna Threads berkongsi mengenai kehadiran beberapa kenderaan polis dan sebuah trak di kawasan kediaman terbabit.

Pengguna berkenaan turut mendakwa kejadian itu melibatkan pasangan suami isteri, namun punca kematian belum dapat dipastikan.

Sehubungan itu, Naazron meminta orang ramai menghormati perasaan serta privasi keluarga mangsa yang sedang berdepan saat sukar.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Sarjan Mejar Anif Jawawi menerusi talian 016-6061 659 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat suami isteri ditemukan dalam rumah di Beranang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved